Friday, February 3, 2012

Tanda-Tanda bersalin

Apakah tanda-tanda hampir bersalin? Tanda bersalin berbeza bagi kebanyakan ibu hamil.. Seperti saya yang dah ada pengalaman sebelum ni suka nak share kat sini ^O^


Bayi turun ke bawah - perut menjadi ringan sekitar dua minggu sebelum kelahiran kerana kepala bayi sudah pun 'turun' ke kawasan rangka tulang pelvis..dan masa ni saya confirm rasa sakit di bahagian kelangkang kerana bayi menekan.. bila berdiri atau berjalan xrasa sangat.. tp bila baring..masya Allah sakit, ngilu, pedih toksah cakap.. bila da jumpa posisi baring yang agak selesa.. masa tu pulak dia rasa nak terkencing atau bahasa lebih manis - membuang air kecil kerana baby menekan pundi kencing.. Mula cari sesuatu yang boleh membantu utk bangun.. seperti berpaut pada benda yang lebih berat dari badan sendiri.. contoh hubby.. hehehe (cer bayang klu suami tengah syok tido kejut suruh bangun.. then cakap. sayang nak kencing..kih kih kih.. Argghghghhh grrrRrr -sila marah dalam hati yea.. dalam perut ni hasil usaha 'gotong royong' berdua..

Dah selesai 'shi shi' - perut rasa lapar bukan.. memang kita akan sentiasa memakan apa sahaja - buah ke..kek ke..apa2 jealh yang rasa nak makan.. sebab time ni semua benda nampak sedap..dah makan kenyang.. 5 minit kemdiam saya terus berlari (berlari versi mengandung ok) semula ke bilik air.. buang air besar la pulak...seyes..makan apa jer sure pastu nak terus buang.. "kawan2 kat ofc pun dah faham".. amik bekfes jap lg dia meluru ke bilik air,.. tp boss selalu kata saya kerap hilang (asik xde kat tempat) aduhaiiii kalaulah saya boleh citer hal sebenarnya... (!,!)

Kerap terkentut - tu tak mengandung pun memang kerap ('',) kes Makan jamu atau pil langsing badan memang dia berasa hangin jer satu badan...

Kuar lendir pekat atau darah bercampur lendir.. (if rasa geli sila benti baca entri ni SEGERA) - Lendir pekat seperti gam dari laluan pintu rahim - apabila pintu rahim mula menipis. kemdian lendir tersebut bercampur darah beberapa jam sebelum bersalin (ada juga beberapa hari sebelum bersalin) Masa saya dulu Kul 6.00pagi kuar darah ... then saya x terus g hosp..sebab xrasa sakit.. bila kul 5.00 petang..dah mula rasa sakit setiap 5 minit skali selama sejam dan darah makin banyak.. saya masih baring kat rumah tp hubby marah takut baby lemas.. kul 9.00 mlm saya tiba dihospital - tu pun masa perjalanan mcm nak balik semula ke rumah.. Rupa2nya Nurse kata dah buka 6cm.. hahhh Amik kau!.. Alhamdulillah 11.45 saya selamat bersalin.

Selain tu sakit belakang.. - sejak akhir2 ni saya kerap sakit belakang.. Hubby jadi tukang urut - tp ngan syarat lepas tu saya urut dia balik... tp yang xbestnya.. masa urut saya sekejap..time urut dia kemain lama.. "sikit lagi ma..hah atas skit..kanan skit... GrrrrrrrrRR..

tip : utk mengurangkan sakit belakang posisikan diri anda seperti merangkak (tp jgn merangkak ke depan) dan angkat atau tinggikan badan ke atas, tunggu kiraan 5 dan rehatkan badan anda.. boleh mengurangkannya dengan banyakkan berjalan.. ia juga akan mempercepatkan kelahiran anda...

Pecah air ketuban - air ni biasanya keluar dengan banyak dari vagina..warnanya jernih, tanpa bau.. Segera ke hospital.. saya xpasti sebab air ketuban nurse yang pecahkan masa dah buka 6 cm.. mcm banyak..n xrasa sakit.. tp bila air ketuban dah kuar.. baby tendang lagi kuat dalam perut tu....

Doktor akan melakukan pemeriksaan vagina..pembukaan di pangkal rahim atau servik dikesan dgn skala 1-10.. pastu anda akan rasa kontraksi 5 minit sekali..Masa ni memang sakit.. Insya Allah mudah2an semuanya akan selamat..yang penting hubby ada disebelah.. percayalah dia yang akan rasa sakit lebih daripada apa yang kita rasa..

No comments:

Post a Comment