Thursday, October 28, 2010

Kids Bedroom Design

Pelbagai konsep digunakan ibu bapa untuk menampilkan kelainan bilik si kecil bagi membolehkan mereka meminati keselesaan ketika berehat, bermain, belajar atau tidur. Bilik si kecil yang bergaya ringkas dilengkapi sebuah katil bujang, meja belajar, kerusi serta rak terbuka bagi menempatkan himpunan barang permainan lebih bermanfaat. Biasanya bilik tidur kanak-kanak disatukan dengan ruang bermain bagi memudahkan mereka berinteraksi.
Kebijaksanaan membentuk ruang yang sesuai penting bagi merangsang keupayaan minda anak menjalani kehidupan lebih bermakna. Pilih warna yang sesuai bagi bilik kanak-kanak untuk keselesaan dan sudut pembelajaran sempurna. Bukan semua warna ceria sesuai untuk kanak-kanak. Merah umpamanya membuat kanak-kanak cepat lapar dan warna kuning ada kebarangkalian kanak-kanak menghidap penyakit kuning.
Warna ceria membuatkan kanak-kanak hiperaktif dan biasanya rona merah jambu dan biru muda sesuai untuk mereka. Untuk bilik tidur bersama ruang bermain, ukuranya perlu cukup luas dan lengkapkan dengan rak atau almari. rak terbuka sesuai untuk anak berumur lima tahun ke atas kerana mereka pandai menyusun atur barangan.
Jika anak masih kecil dan berusia kurang 3 tahun, sediakan bakul untuk memudahkan mereka memasukkan barang selepas bermain. ( Saya setuju sebab Airell memang rajin masukkan barang semula ke dalam bakul ) Pastikan tiada benda tajam di bilik dan pilih perabot jenis yang tidak berbucu tajam atau keras. katil yang mempunyai pengadang sesuai untuk usia kanak-kanak juga sering menjadi pilihan ibubapa termasuk menampilkan konsep mengikut kecenderungan anak mereka. Bagi kanak-kanak yang meminati kartun, tempatkan almari pakaian, meja bermotif kartun bersebelahan katil, lampu dan penggunaan kertas dinding bermotifkan kartun ultraman ... huhuhu..

Actually kenapa tiba-tiba saya bercerita tentang katil kanak-kanak nie.. bermula apabila suatu hari ( 3-4 hari lepas ) Sedang aku lena dibuai mimpi..tiba-tiba terasa seperti nak ke bilik air ... Eh tengok Airell xtdo lagi ngan papa.. (masa tu baru jer kul 11pm, aku tdo awal -demam) Mcm biasa si papa melayan Facebook sambil melayan airell main..melihat mamanya bangun dari tdo lantas airell terus ke tempat mamanya beradu td sambil mula membaringkan diri

Airell : papa bestnya
Papa : apa yang bestnya Airell
Airell : tido kat sini..

Bila mama masuk semula kat bilik, papa pun ceritalah (padahal aku dengar gak dorang borak2).. maknanya anak aku mula xselesa tdo kat katil kecik tu lagi... kesian.. maka kami bercadang untuk mencari design yang sesuai untuk si Airell yang semakin membesar dari sehari ke sehari


Dari lahir sampai umur 1tahun 2 bulan tdo katil nie

pastu sampai skang tdo katil kecik nie - sebelah ngan katil mama
Jom tengok mana yang sesuai untuk si Airell











suami suka yang nie

tapi Airell pilih yang nie

mama rasa yang macam nie sesuai



takut jer nak tdo..

sweet..x sesuai

jambu..

ringkas..





fuyooo...

mama suka juga yang nie

anak ada sorang jer kot...



eh nie katil mama.. xbole2..


last2 kitaorang pilih yang nie.. So Airell tunggu ye kedatangan bilik baru.. Mama & papa akan berusaha siapkan secepatkan mungkin..

10 comments:

  1. wahhh canteknye wawa..bile la nk ade anak..haha ;)

    ReplyDelete
  2. hye reine..(nie mest dah kat Belfast ek) :h:
    eh bukanke Reine, Mama Angkat Airell ke?.. Kira dah ada la anak tu... hehhee

    ReplyDelete
  3. minat yang batman 2...huhu ganaz ckit..

    ReplyDelete
  4. wawa, sorry, just glance your blog. I wanna ask where can I get the car set bed for my son as you choose for airell? is it imported? thank you.

    ReplyDelete
  5. boleh tahu kat mana dapat jenis katil2 ni yer?
    kingtmj@gmail.com
    013-5316630 mizi

    ReplyDelete
  6. Salam..mane nk tgk2 katil2 mcm ni ye...

    ReplyDelete
  7. Salam..mane nk tgk2 katil2 mcm ni ye...

    ReplyDelete
  8. Samala dgn kommn sy...mana nk dapat katil2 ni..anak sy pun dh nk katil kereta sendiri...tq

    ReplyDelete
  9. salam, ada yg berminat dgn katil kereta sport 2nd hand? katil condition masih elok. jarang guna utk tidoq/tak guna untuk tidoq langsung pon. berminat?

    ReplyDelete
  10. boleh pm saya di facebook https://www.facebook.com/ASMIRAKIDSCOLLECTION. available 1 unit sendiri punya. dah xmau pakai. COD area penang. boleh mai tgok kalau nak...

    ReplyDelete