Friday, June 11, 2010

Persediaan Dokumen + Borang Nikah


Borang Nikah merupakan salah satu dokumen yang paling penting dalam proses perkahwinan anda. Terdapat pelbagai jenis peraturan yang mesti dipatuhi semasa mengisi borang nikah dan di bawah adalah antara senarai dokumen yang diperlukan;
  • Salinan kad pengenalan (min 10)
  • Salinan surat beranak (min 3)
  • Salinan kad pengenalan wali (min 5)
  • Gambar saiz pasport (min 5)
  • Salinan sijil kursus pra perkahwinan (min 5)
  • Perintah bertulis dari makhamah mengenai wali hakim, poligami/nikah bawah umur dll
  • Kebenaran kedutaan jika warga asing
  • Kebenaran majikan bagi anggota Polis dan Tentera
  • Surat pengakuan bujang dari majikan (lelaki sahaja)
  • Surat cerai, jika pernah berkahwin

Selain daripada itu terdapat banyak jenis Permohonan kebenaran berkahwin. Pastikan diri dalam kategori yang betul. Jenis permohonan adalah seperti berikut;

Kategori 1 - Lelaki dan perempuan dari satu negeri dan akan bernikah berkahwin di negeri yang sama. Contoh : Lelaki dan perempuan dari Kuala Lumpur dan akan bernikah di Kuala Lumpur.

Kategori 2 - Lelaki dari negeri berlainan dan akan bernikah di negeri tempat perempuan. Contoh Lelaki dari Kuala Lumpur, perempuan dari Negeri Sembilan dan akan bernikah di negeri sembilan)

Kategori 3 - Lelaki dan perempuan dari Negeri berlainan dan akan bernikah di negeri yang lain. Contoh Lelaki dari Kuala Lumpur perempuan dari negeri sembilan dan akan bernikah di negeri selangor)

Kategori 4 - Berkahwin dengan warga asing.

Perhatian : Peraturan-peraturan berkahwin adalah berbeza di antara Jabatan Agama Negeri berlainan. Pastikan anda menyemak dahulu dengan Jabatan Agama berdekatan. Dapatkan taraf "Pemastautin" jika alamat di kad pengenalan anda berbeza dengan alamat anda sekarang. Dapatkan surat pengesahan dari majikan atau gunakan bil telefon / air / elektrik yang mengandungi nama, alamat anda. Sangat berguna bagi mereka yang tinggal dan bekerja diluar negeri asal. Aku tulis ni sebab berdasarkan pengalaman yang sedia ada. Contoh terdekat adalah diri sendiri.

En Bakal Suami lahir di Kuala Lumpur, bekerja di Kuala Lumpur, menetap juga di Kuala Lumpur..Jadi En bakal suami dah tentu dalam kategori 2, tetapi aku yang bakal berdepan masalah kerana aku dilahirkan di negeri kelantan tetapi membesar di negeri pahang (alamat I/C pahang) bekerja / bermastautin di Putrajaya dan bakal melangsungkan majlis perkahwinan di negeri Kedah (Umah Nenek Y da Becos - Kaum Kerabat ramai kat sana dan dr kelantan pun dekat nak datang kenduri) Hmmm macam mana aku nak nikah di kedah sedangkan aku xpernah menetap kat sana, balik pun time raye sahaja..aku tanya gak ustaz time kursus pra perkahwinan tu.. ustaz tu pun pening tapi bagi juga jalan penyelesaian better aku nikah jer kat Masjid Putra Putrajaya n then baru balik kenduri kat kedah... Bincang balik ngan family semua...akhirnya nenek yang berjaya menyelesaikan (lagipun dia yang beria nak aku nikah kat sana coz separuh dr majlis kahwin dia yang akan sponsor...). So setel masalah nikah...

No comments:

Post a Comment